Tuesday, May 25, 2010

CUTI-CUTI

Semalam saya bercuti setelah berbengkel selama 3 hari 2 malam di Melaka. Banyak benda nak diselesaikan sempena cuti ni.Pagi2 dah bawa Nuh Shaddad ke klinik. Amik suntikan untuk bulan ke 3 walaupun Nuh Shaddad dah berusia 4 bulan.Alhamdulillah Nuh x demam. Tp tak tahu kemungkinan akan datang. Cadangnya lps bw Nuh pergi klinik nak hantar dia rumah opah Midah tapi fikir-fikir balik biarlah Nuh dengan saya. Sebabnya Nuh dah banyak dikorbankan akibat lambakan tugasan saya. Kali ni saya ingin bersama-sama dengan Nuh untuk mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan anak. Rasanya bukan untuk kali ni sahaja tapi akan-akan datang. Walaupun kerja-kerja rumah dan benda-benda yang nak diselesaikan tuh sikit je yang boleh dilakukan tapi saya yakin pasti ada ruang dan peluang lain untuk saya melakukannya. Saya mahu Nuh tahu bahawa saya sentiasa ada bersama dengannya dalam apa jua keadaan. Saya yakin setiap ibu pasti mahukan sebegitu. Melihatkan Nuh yang kini sudah mula mengenal orang, saya tidak mahu Nuh rasa dirinya dipinggirkan. Nuh kini sudha mula belajar memahami keadaan sekeliling. Bayangkan Nuh akan mula menangis bila dia merasakan saya meninggalkan dirinya. Bila dia terasa bahawa saya tidak ada disampingnya, akan kedengaran tangisan yang meruntun hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Itu akibat apabila saya sering meninggalkan dia untuk tugasan luar..Maka ingat lah bahawa ibu-ibu sekalian di luar sana.Biarpun anak anda masih kecil tetapi dia cukup memahami tentang persekitaran dan keadaan sekeliling. Jangan fikir anak anda kecil dan tidak tahu apa-apa. Nalurinya dan anda sebagai seorang ibu akan dirasai bersama. Bayangkan selama 9 bulan dia bersama-sama dengan anda,setiap detik perasaan yang anda alami, suka, duka, sedih dan gembira dia turut mersakannya. Setiap yang masuk ke mulut anda, dia juga akan merasakannya..Jadi bagaimana anda boleh katakan bahawa bayi yang anda kandungkan setelah lahir tidak mengerti apa-apa. Saya sendiri kini semakin belajar untuk memahami bahasa tubuh dan pergerakan Nuh.

Cadangan sahabat saya Suraya dari Lunatot.com semasa sesi kelas penyusuan agar membaca buku berkaitan tingkah laku anak saya turutkan. Kini saya sedang menghabiskan buku tersebut yang bertajuk "Secrets of The baby Whisperer" tulisan Tracy Hogg. Saya juga cadangkan kepada rakan-rakan untuk membacanya selain membaca buku tentang pendidikan anak-anak sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi S.A.W. Nanti saya akan catatkan nama-nama buku tersebut. Terima kasih juga buat sahabat saya Natasha dan suami Khoirul Anam atas buku bertajuk Saat Sakinah yang dihadiahkan kepada Encik Suami sempena Pesta Buku Indonesia yang dihadirinya. Banyak lagi buku-buku yang saya belum habis meneladani dan menelaah. Sesungguhnya semakin banyak ilmu yang kita perolehi semakin kecil rasa diri dan semakin kita akur bahawa kedudukan kita didunia tidaklah sebesar mana dibandingkan ilmu Allah. Seperti kata Luqman kepada anaknya, 'Selautan air di laut tidak akan mampu menulis segala ilmu Allah..."

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails