Wednesday, June 2, 2010

SALAM...

Salam buat suma.Ari ni saya masuk keje dengan hati yang sangat haru biru.Apa taknya memikirkan persiapan untuk bercuti dan pulang ke kampung belum dilakukan. Sedangkan hari ini hari terakhir bekerja sebelum bercuti. Saya sangat ingin mendapatkan barang yang saya dah lama nk beli..hehehe lama ke kalo baru sebulan yg lepas..emmm apa2 jelah..hehehehe.Saya dah pergi cari tadi tp sungguh tragis memandangkan sles girl tuh gi lunch agaknya.xpe2.saya akan cuba lagi nnti sebelah petang atau mlm..Kalau En.suami tahu sudah pasti dia akan geleng kepala tp En Suami sangat sporting..Saya nk cepat nnti sy upload pic barang yg saya idamkan tuh ;P

Monday, May 31, 2010

SERONOKNYE DIA

Sempena cuti Wesak ari tuh saya dgn En Suami balik Kuala Sawah...Rumah MIL. So jumpa la ipar duai sanak dan saudara. Nuh Shaddad memula tu ok je nak dgn suma org. Tapi lelama dia mula dah nangis2.dan yg paling ketara dia dah boleh cam saya..Lololo..rasa cam Nuh dah lama kenal Umi nih. Pantang dgr suara atau nmpk dia dah boleh merasai kehadiran saya..Syok giler.Abi Nuh mmg jeles jer...Ni pic Nuh dgn sepupu sepapat kat umah Wan n Atuk





Thursday, May 27, 2010

DAH PANDAI DAH..

Suka tak terkata saya bila tengok chenta hati saya Nuh dah pandai meniarap..Sepanjang minggu ni dia asyik nak niarap je.Keterujaan saya tersangat-sangat la x dpt digambarkan..













Dan lagi..















Akhirnya..














Kembali ke tempat asal..

Tuesday, May 25, 2010

CUTI-CUTI

Semalam saya bercuti setelah berbengkel selama 3 hari 2 malam di Melaka. Banyak benda nak diselesaikan sempena cuti ni.Pagi2 dah bawa Nuh Shaddad ke klinik. Amik suntikan untuk bulan ke 3 walaupun Nuh Shaddad dah berusia 4 bulan.Alhamdulillah Nuh x demam. Tp tak tahu kemungkinan akan datang. Cadangnya lps bw Nuh pergi klinik nak hantar dia rumah opah Midah tapi fikir-fikir balik biarlah Nuh dengan saya. Sebabnya Nuh dah banyak dikorbankan akibat lambakan tugasan saya. Kali ni saya ingin bersama-sama dengan Nuh untuk mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan anak. Rasanya bukan untuk kali ni sahaja tapi akan-akan datang. Walaupun kerja-kerja rumah dan benda-benda yang nak diselesaikan tuh sikit je yang boleh dilakukan tapi saya yakin pasti ada ruang dan peluang lain untuk saya melakukannya. Saya mahu Nuh tahu bahawa saya sentiasa ada bersama dengannya dalam apa jua keadaan. Saya yakin setiap ibu pasti mahukan sebegitu. Melihatkan Nuh yang kini sudah mula mengenal orang, saya tidak mahu Nuh rasa dirinya dipinggirkan. Nuh kini sudha mula belajar memahami keadaan sekeliling. Bayangkan Nuh akan mula menangis bila dia merasakan saya meninggalkan dirinya. Bila dia terasa bahawa saya tidak ada disampingnya, akan kedengaran tangisan yang meruntun hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Itu akibat apabila saya sering meninggalkan dia untuk tugasan luar..Maka ingat lah bahawa ibu-ibu sekalian di luar sana.Biarpun anak anda masih kecil tetapi dia cukup memahami tentang persekitaran dan keadaan sekeliling. Jangan fikir anak anda kecil dan tidak tahu apa-apa. Nalurinya dan anda sebagai seorang ibu akan dirasai bersama. Bayangkan selama 9 bulan dia bersama-sama dengan anda,setiap detik perasaan yang anda alami, suka, duka, sedih dan gembira dia turut mersakannya. Setiap yang masuk ke mulut anda, dia juga akan merasakannya..Jadi bagaimana anda boleh katakan bahawa bayi yang anda kandungkan setelah lahir tidak mengerti apa-apa. Saya sendiri kini semakin belajar untuk memahami bahasa tubuh dan pergerakan Nuh.

Cadangan sahabat saya Suraya dari Lunatot.com semasa sesi kelas penyusuan agar membaca buku berkaitan tingkah laku anak saya turutkan. Kini saya sedang menghabiskan buku tersebut yang bertajuk "Secrets of The baby Whisperer" tulisan Tracy Hogg. Saya juga cadangkan kepada rakan-rakan untuk membacanya selain membaca buku tentang pendidikan anak-anak sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi S.A.W. Nanti saya akan catatkan nama-nama buku tersebut. Terima kasih juga buat sahabat saya Natasha dan suami Khoirul Anam atas buku bertajuk Saat Sakinah yang dihadiahkan kepada Encik Suami sempena Pesta Buku Indonesia yang dihadirinya. Banyak lagi buku-buku yang saya belum habis meneladani dan menelaah. Sesungguhnya semakin banyak ilmu yang kita perolehi semakin kecil rasa diri dan semakin kita akur bahawa kedudukan kita didunia tidaklah sebesar mana dibandingkan ilmu Allah. Seperti kata Luqman kepada anaknya, 'Selautan air di laut tidak akan mampu menulis segala ilmu Allah..."

Friday, May 21, 2010

CERITA ITU

Hari ini saya akan ke Melaka. Menghadiri bengkel penyelidikan untuk pusat saya. Hakikatnya mengikut perancangan awal, saya dan 2 orang chenta hati saya (Encik suami dan Nuh Shaddad) akan pulang ke kampung halaman saya di Perak. Namun apa yang dirancang x menjadi. Benarlah kata-kata "kita hanya merancang, Allah jua merancang tetapi perancangan Allah yang lebih baik". Kalau ikutkan hati saya, tersangat la sedihnya sebab dah lama (ikut saya punya masa) yakni lebih kurang 3 bulan dah saya tak pulang menjenguk keluarga di kampung. Bila-bila dikenang-kenang saya seorang yg sangat suka balik kampung semasa bujang dulu. Bayangkan semasa saya belajar nun di Pantai Timur tanah air, saya sanggup untuk pulang 2 minggu skali atau paling kurang sebulan skali tu sudah semestinya. Tapi yang menjadi kemuyskilan, walaupun pada masa itu, sebagai seorang pelajar, taraf ekonomi anda dan saya sudah pasti berada di bawah skala yang membimbangkan. Namun alhamdulillah wang itu sentiasa kecukupan bahkan masih boleh ke bandar hampir setiap minggu.Sekadar untuk melihat suasana dan pemandangan baru di samping menelaah sikap dan kerenah manusia untuk kita jadikan teladan dan sempadan.

Apa yang pasti, semuanya itu adalah hasil keberkatan dan doa ibu terhadap anaknya. Sesungguhnya tiada suatu pun yang dapat membalas jasa dan pengorbanan mereka terhadap kita. Sudah pasti apabila saya yang kini telahpun menjadi sebahagian dari ibu-ibu yang ada merasakan bahawa benarlah syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Anda bayangkan bagaimana ibu menjaga anaknya. Jangankan nyamuk, kalau boleh tiada apa pun yang dapat menyakiti anaknya. Bak kata ibu saya " dulu-dulu mak jaga hangpa sikit parut pun tak ada tapi la ni bila dah besaq jaga diri sendiri badan pun tak terbela"...Huhuhu betul la tu mak. Sekarang bila saya sudah punya anak sendiri, itulah yang saya rasai. Kalau boleh saya nak sentiasa bersama dengannya 24 jam 7 hari. Saya nk sentiasa melihat dia membesar. Saya nak telek, belek dan golek dia sama2 dengan saya. Tapi keadaan kerjaya saya menyebabkan dia sentiasa ditinggalkan.

Setiap kali saya berpergian, titisan air mata saya akan mengalir tanpa henti sepanjang perjalanan mula saat saya meninggalkannya di rumah opah yang menjaganya sehinggalah ke tempat yang dituju. Sayu sungguh rasa hati nak meninggalkan chenta hati saya itu. Terbayangkah anda tidur malam saya sunyi tanpa dia disisi yang selama ini minum susu badan dan tak pernah berpisah tempat tidur dengan saya tetiba ditinggalkan..Masih terlayang-layang di ingatan saya pertama kali chenta hati saya itu ditinggalkan kerana saya mempunyai kerja luar. Dia saya tinggalkan lebih kurang 3 hari 2 malam. Yang sebelum ini sejak dalam kandungan sehinggalah saat itu saya tak pernah berpisah dengannya. Allah sahaja yang tahu apa rasa hati saya. Tidur malam saya bertemankan air mata. Encik suami sebelum saya berpergian saya titipkan begitu banyak pesanan dan ingatan. Alhamdulillah mujur encik suami memahami keadaan saya. Katanya jangan sedih-sedih sebab perginya saya bukan sebab suka-suka tapi kerana ada tanggungjawab lain yang perlu saya galas dan menjadi amanah. Dengan semangat itulah saya mengharungi saat-saat ketiadaan chenta hati saya dengan penuh sabar.

Maka untuk hari ini saya telah membuat keputusan untuk membawa kedua-dua chenta hati saya ikut bersama ke bengkel tersebut memandangkan encik suami mempunyai kelapangan.Huhuhuhu...moga2 bertambah sinar dalam hidup saya.I.Allah

Thursday, May 20, 2010

IMPIAN HATI SAYA

Saya seorang yang sangat suka memasang impian di dalam hati. Sekalipun impian tu tak dapat dilaksanakan tapi saya tetap suka - dlm erti kata lain org akan kata saya org yg suka berangan ;D Baru-baru ini saya menghadiri kursus berkaitan TNA (Training Need Analysis). Dlm kursus mcm2 ilmu yg saya dapat. Antaranya mengenali siapa audien mahupun peserta kita. Dalam masa yg sama kita juga dpt mengenali diri kita..akan saya ceritakan di entri akan dtg WHO I AM!! hehehe. Yg sebenarnya kursus ni adalah kursus memilih dan membangunkan modul untuk laksanakan apa2 jenis training. Yg ptg dlm memilih dan membangunkan modul tersebut ialah keperluan dan kehendak siapa yg akan menghadiri training tersebut. Sbnrnya apa yg kesinambungan dengan cite angan2 sy yer..ohhh sbnrnya sy nk relatekan cite angan2 sy dgn cite yg disampaikan oleh trainer dlm kursus sy tuh.


Citenya camni...ada sorang kwnnya hadir satu kursus. Dlm kursus tersebut si kwn ni telah dipilih untuk menceritakan tentang matlamat hidup dia. Bila ditanya dia pun blurr sbb tetiba je dipanggil dan disoal camtuh yg sblm ni dia x de la tetapkan matlamat hidup dia. Kwn2 yg duduk depan dia pun ckpla BMW. Dia pun follow la apa yg kwn2 ckp.So trainer tuh tanya lagi. Yg bape siri. Awak BMW pun x tahu ada siri2 ni. Yg kwn duduk depan ni tunjuk 5. So dia pun bg tahu 5 siri. Nak tahu apa kata trainer tuh. Sy nk awak berjanji dptkan BMW tu dlm masa setahun dari skrg. Dia sambil tersengih2 pun angguk dan iya. Pd hal dia x tahu bape hrg BMW tu. Agak2 dia murah je la. Lalu dgn senang ati dia duduk tepi kwn sambil tanya bape harga..lalu kwn dia pun ckp hrg kete tuh dkt2 la 1/2 juta @RM500k. Maka terhangguk2 la dia sbb apa yer. sbb pendptn bulanannye hanya mencecah 5k. Bermula saat itu dia mula rasa bersalah dan dia pun yg sblm ni x pernah terpndg kete BMW tuh mula menjadikan BMW tuh impiannya. Satu sbb dah janji satu lagi sbb kete tu cun melecun. Apa yg berlaku...si dia berjaya mendapatkan kete tersebut hanya dlm masa 3 bulan dgn pendapatan mencecah RM150k sebulan...


So..apa pengajarannya..kita boleh mengubah diri seseorg bila kita berjaya mengubah pemikiran/mindsetting..Bagaimana nk ubah pemikiran seseorang tuh...soalnya hati siapa yg tahu. Ketuk pintu hati anda dan tanya diri...Jadi, sy pun akan mula mengubah persepsi diri untuk impian dan angan2 sy. Kita akan berjaya bila kita ada MATLAMAT...

AKHIRNYA...


Salam...

Setelah sekian lama berusaha memilih template yg terbaik...saya pun dengan paksa rela memilih template ni.Apa agaknya pndgn suma????Buat masa ni saya letakkan dulu template ni bersesuaian dengan jiwa saya sekarang ni..Ada kala pemilihan yang kita buat bukan untuk keperluan jangka masa panjang. Walau bagaimanapun keputusan yang kita pilih kebanyakannya dengan harapan ia adalah keputusan yang sesuai dan tepat untuk waktu itu dan juga bersesuaian untuk masa akan dtg. Apa la maknanya kan..:) Gambar ni memberi seribu satu pengertian dalam hidup saya. Seolah-olah ia melambangkan apa yg tersirat dan tersurat dalam hati saya. Bersama-sama dengannya juga saya titipkan doa semoga gambar ini akan kekal selamanya seperti di alam realiti..Amin
"Ister-isteri kamu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka" (1:187)
Related Posts with Thumbnails