Friday, May 21, 2010

CERITA ITU

Hari ini saya akan ke Melaka. Menghadiri bengkel penyelidikan untuk pusat saya. Hakikatnya mengikut perancangan awal, saya dan 2 orang chenta hati saya (Encik suami dan Nuh Shaddad) akan pulang ke kampung halaman saya di Perak. Namun apa yang dirancang x menjadi. Benarlah kata-kata "kita hanya merancang, Allah jua merancang tetapi perancangan Allah yang lebih baik". Kalau ikutkan hati saya, tersangat la sedihnya sebab dah lama (ikut saya punya masa) yakni lebih kurang 3 bulan dah saya tak pulang menjenguk keluarga di kampung. Bila-bila dikenang-kenang saya seorang yg sangat suka balik kampung semasa bujang dulu. Bayangkan semasa saya belajar nun di Pantai Timur tanah air, saya sanggup untuk pulang 2 minggu skali atau paling kurang sebulan skali tu sudah semestinya. Tapi yang menjadi kemuyskilan, walaupun pada masa itu, sebagai seorang pelajar, taraf ekonomi anda dan saya sudah pasti berada di bawah skala yang membimbangkan. Namun alhamdulillah wang itu sentiasa kecukupan bahkan masih boleh ke bandar hampir setiap minggu.Sekadar untuk melihat suasana dan pemandangan baru di samping menelaah sikap dan kerenah manusia untuk kita jadikan teladan dan sempadan.

Apa yang pasti, semuanya itu adalah hasil keberkatan dan doa ibu terhadap anaknya. Sesungguhnya tiada suatu pun yang dapat membalas jasa dan pengorbanan mereka terhadap kita. Sudah pasti apabila saya yang kini telahpun menjadi sebahagian dari ibu-ibu yang ada merasakan bahawa benarlah syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Anda bayangkan bagaimana ibu menjaga anaknya. Jangankan nyamuk, kalau boleh tiada apa pun yang dapat menyakiti anaknya. Bak kata ibu saya " dulu-dulu mak jaga hangpa sikit parut pun tak ada tapi la ni bila dah besaq jaga diri sendiri badan pun tak terbela"...Huhuhu betul la tu mak. Sekarang bila saya sudah punya anak sendiri, itulah yang saya rasai. Kalau boleh saya nak sentiasa bersama dengannya 24 jam 7 hari. Saya nk sentiasa melihat dia membesar. Saya nak telek, belek dan golek dia sama2 dengan saya. Tapi keadaan kerjaya saya menyebabkan dia sentiasa ditinggalkan.

Setiap kali saya berpergian, titisan air mata saya akan mengalir tanpa henti sepanjang perjalanan mula saat saya meninggalkannya di rumah opah yang menjaganya sehinggalah ke tempat yang dituju. Sayu sungguh rasa hati nak meninggalkan chenta hati saya itu. Terbayangkah anda tidur malam saya sunyi tanpa dia disisi yang selama ini minum susu badan dan tak pernah berpisah tempat tidur dengan saya tetiba ditinggalkan..Masih terlayang-layang di ingatan saya pertama kali chenta hati saya itu ditinggalkan kerana saya mempunyai kerja luar. Dia saya tinggalkan lebih kurang 3 hari 2 malam. Yang sebelum ini sejak dalam kandungan sehinggalah saat itu saya tak pernah berpisah dengannya. Allah sahaja yang tahu apa rasa hati saya. Tidur malam saya bertemankan air mata. Encik suami sebelum saya berpergian saya titipkan begitu banyak pesanan dan ingatan. Alhamdulillah mujur encik suami memahami keadaan saya. Katanya jangan sedih-sedih sebab perginya saya bukan sebab suka-suka tapi kerana ada tanggungjawab lain yang perlu saya galas dan menjadi amanah. Dengan semangat itulah saya mengharungi saat-saat ketiadaan chenta hati saya dengan penuh sabar.

Maka untuk hari ini saya telah membuat keputusan untuk membawa kedua-dua chenta hati saya ikut bersama ke bengkel tersebut memandangkan encik suami mempunyai kelapangan.Huhuhuhu...moga2 bertambah sinar dalam hidup saya.I.Allah

1 comment:

  1. al..hai sayu syahdu nye la ibu muda ni..itulah pengorbanan yang terpaksa kita tempuhi dalam mengharungi hidup ini (alamak aku pun da berfalsafah)..budak kecik mmg ada 'instinct' dgn ibu dia..kelebihan yang Allah bagi..tp kalo tinggal ayah dia, ayah dia menangis..x dapek den nk nolong eh...hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails